Friday, June 5, 2015

Fasa 1: one step closer

Alhamdulillah finally after 6years through thick and thin we're officially engaged!
May bulan favourite. Banyak sangat event yang buat hati berbunga bunga. Gitewww. Ditambah tarikh baru 23.05.2015 (our engagement day). Ingatkan tunang ni tak nervous dalam kepala alah tunang je pun relax lah padehal kelam kabut ahkak dibuatnya. Semua benda diy. Tu nanti kita tulis entry lain (kalau rajin) Nak pulak jenis salah color sikit pun dah berduka ada hati lagi nak relax hahaha. Alhamdulillah imaginasi diy yang terbayang dalam kepala ni semua menjadi dengan bantuan family dan bff. Ayah lah paling gigih. Bertukang dari crates ke wooden trays sampai lah platform pelamin. Emak pun sama. Makanan hari majlis memang sendirian berhad. Mak ayah sponsor. Dah lah masak sedap thank you so much mak ayah! Menu haritu nasi minyak,rendang tok,acar buah,ayam apa entah nama lupa tapi sedap sampai ada yang minta resepi haha. Dessert bubur jagung plus kek pisang. Air oren.

Majlis start dalam pukul 11 lebih. Ikutkan belah lelaki nak datang awal lagi tapi ku berjaya delaykan haha yelah pagi pagi lagi busy uruskan tempat makan susun centerpiece ( nak juga buat sendiri) pukul 10 gitu makeup pun belum. Make up memang simple saja. Bestfriend yang makeup kan. Request nak light light saja janji tutup scar jerawat ni maklum lah muka sensitive jadinya nervous bila start makeup. Tapi alhamdulillah which is amazing bagi diri ini even makeup lambat cuci pun tapi jerawat tak naik banyak seperti yang dibayangkan. Thanks nida! Terer mak andam ni hihi. Gambar pun one of my bestfriend yang ambilkan. Niat sebenar nak hire photog tapi fikirkan bajet(lagi jimat lagi bagus) jadinya minta tolong bestfriend jelah ambilkan. Thanks intan!

Thank you family and bff yang banyak tolong buat preparation sama sama. Sayang semua!



Friday, May 29, 2015

New Chapter.

berapa kali tah new chapter hahaha.